Siswazah Indonesia ke tali gantung

ALOR SETAR – Seorang siswazah sebuah universiti dari Indonesia menangis teresak-esak apabila dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar sebanyak 841.63 gram dadah di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam dekat sini pada tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu ke atas Maggie Taissya Olyvia, 27, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh rakyat Indonesia itu.

Gadis itu yang merupakan siswazah jurusan perbankan dan pernah bekerja sebagai pegawai pemasaran di Jakarta disabitkan bersalah atas tuduhan mengedar sebanyak 656.15 gram heroin dan 185.48 gram monoacetylmorphines.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks CIQ Bukit Kayu Hitam dekat sini pada pukul 12.15 tengah hari pada 20 September 2010.

Maggie dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mohd. Zaki ketika menjatuhkan hukuman berkata, dalam keterangan pembelaan, tertuduh mengaku mengetahui kewujudan sampul berisi dadah yang disembunyikan di dalam satu bahagian beg dibawanya tetapi tidak tahu jenis dadah tersebut.

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS

Advertisements

Arif gagal atasi ketangkasan Alamsyah sekali lagi

PEMAIN pelapis negara, Mohd Arif Abdul Latif gagal menebus kekecewaan tahun lalu apabila tumpas sekali lagi kepada pemain Indonesia, Alamsyah Yunus pada final Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Proton Malaysia 2011, semalam.

Pada perlawanan di Kompleks Sukan Sandakan, Mohd Arif, 22, berazam mengubati kekecewaan kalah pada final tahun lalu sebelum terpaksa akur dengan ketangkasan lawannya sebelum kalah 12-21, 21-17, 14-21.
Mohd Arif yang tewas pada set pertama berjaya memenangi set kedua tapi Mohd Arif nampak keletihan dan perlawanan ditentukan pada rubber set.dengan permainan banyak dikawal oleh Alamsyah.

Alamsyah ketika ditemui selepas perlawanan itu menyifatkan permainan Mohd Arif sudah matang dan memberikan saingan sengit sebelum dia menang.
Menurutnya tumpuannya selepas ini adalah untuk melayakan diri dalam pasukan Piala Thomas negaranya pada tahun hadapan dan meningkatkan dirinya dalam kedudukan pemain perseorangan Indonesia.
“Pada masa sekarang, saya berada di kedudukan kelima dan saya menyasarkan untuk meningkatkan kedudukan itu untuk terpilih dalam pasukan Piala Thomas,” katanya.

Pasukan negara tidak pulang kosong selepas beregu campuran, Tan Aik Quan dan Lai Pei Jing muncul juara selepas menundukkan beregu Indonesia Andhika Anhar dan Hanadia Keshya 21-18, 21-17.

Assalamualaikum semua

Blog ini dibina adalah untuk kepuasan peribadi dan berkongsi maklumat dengan kekawan yang mengenali diri ini. Tidak ada niat langsung untuk menunjuk-menunjuk, bermegah dan bangga diri, sebaliknya adalah untuk dokumentasi dan catatan diari penting yang berlaku dalam diri. Ianya ditulis berdasarkan minat dan dorongan diri yang lebih cenderung ke arah ICT. Jika ada yang mengenali diri ini samada dibangku sekolah, rakan sekerja serta di mana jua anda berada, terima lah sekelumit info diri ini.